h a y y a d n e t w o r k
hayyadnetwork.com-admin
0 comments 18 October 2024

Kurma Ajwa Madinah

Kurma Ajwa Madinah turut dianggap sebagai salah satu buah kurma yang memegang kesimbolikan agama yang besar bagi umat Islam. Ini adalah kerana Nabi Muhammad dipetik telah berkata, “Orang yang memakan tujuh biji kurma Ajwa pada waktu pagi akan bebas daripada sihir dan racun pada hari dia memakannya.”.

New Product Skincare Facebook Cover (Website) (1)

Kurma Ajwa Madinah kelazatan buah kurma dari Timur Tengah

Kenapa kurma ajwa madinah ni agak berharga, disebabkan cara penjagaan, dan dijaga rapi oleh pihak berwajib untuk hasilkan buah yang terbaik. 

 

Kelebihan kurma ajwa madinah : 

1. Membekalkan sumber tenaga

Untuk mengekalkan sumber tenaga berterusan bagi melakukan rutin harian, kita perlu makan buah kurma ketika sahur dan berbuka puasa. Ini kerana kurma mengandungi kandungan glukosa yang memberikan kalori yang mencukupi sebagai sumber tenaga buat tubuh badan.

2. Melancarkan sistem pencernaan

Disebabkan kurma mengandungi serat yang tinggi, ia akan melancarkan sistem pencernaan tubuh badan seseorang. Terutamanya ketika bulan puasa, kita akan berbuka dengan jumlah hidangan yang banyak kerana telah menahan lapar dan dahaga ketika berpuasa.

3. Mengurangkan rasa lapar dan dahaga

Kandungan mineral dalam kurma yang cukup tinggi dapat membantu anda agar tidak cepat dahaga ketika seharian berpuasa. Begitu juga dengan kandungan glukosa dalam kurma akan membantu anda untuk tidak berasa lapar. 

4. Mengandungi antioksidan yang tinggi

Antioksidan seperti vitamin E, asid fenolik dan juga vitamin A yang terdapat dalam buah kurma mampu untuk menyahaktif radikal bebas dengan memberikan elektron bebas untuk menstabilkannya. Oleh itu, dengan memakan kurma, ia boleh mengurangkan risiko terkena sebarang penyakit.

5. Pemanis semula jadi

Disebabkan kurma tidak mempunyai sebarang gula tambahan, ia memang selamat dimakan. Kurma mengandungi fruktosa yang memberi kemanisan di setiap gigitan. Kurma juga boleh menjadi alternatif kepada gula putih. 

Jika sentiasa amalkan memakan kurma, anda akan mempunyai tenaga dan tidak mudah mengantuk baik ketika bersahur, berpuasa dan berbuka puasa.

6. Meningkatkan kesihatan otak

Makan kurma juga dapat membantu untuk meningkatkan fungsi otak. Satu kajian mendapati makanan yang dicampur dengan kurma meningkatkan memori, tumpuan dan kemampuan belajar yang jauh lebih baik.

Selain itu, kurma dapat membantu menurunkan kesan jangkitan dan mencegah pembentukan plak otak yang penting untuk mencegah penyakit Alzheimer.

kurma_ajwa_madinah-removebg-preview

Terdapat beberapa hadis mengenai Kurma Ajwa Madinah yang menyebut kebaikannya. Antaranya adalah seperti berikut:

‘Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
“Al-‘Ajwah adalah dari syurga dan ia mengandungi penawar racun”
(https://sunnah.com/urn/673690 )
Rafi’ bin ‘Amr Al-Muzani berkata:
“Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Ajwah dan batu* adalah dari syurga.””
( https://sunnah.com/urn/1275010 )
‘Aisyah melaporkan Rasulullah S.A.W bersabda:
“Kurma ‘Ajwa’ daripada ‘Aliya’ mengandungi kesan penyembuhan dan ini adalah penawar pada awal pagi.”
( https://sunnah.com/muslim/36/215 )

Offer Pre-Order Sebelum bermula Ramadan

Kurma ajwa madinah

500 gram (1/2 kg)

Normal : RM40

Harga Promosi : RM37.50

IMG-20230310-WA0134

1000 gram  (1kg)

Normal : RM80 – RM100 per kg

Harga Promosi : RM79 per kg – (boleh nego)

*postage ditanggung sendiri oleh pengguna mengikut berat yang dibeli :

1 hingga 3 kg – RM7

4 hingga 6 kg – RM14

7 hingga 9 kg – RM21, dan seterusnya.

hayyadnetwork.com-admin

previous post next post

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!