h a y y a d n e t w o r k
hayyadnetwork.com-admin
0 comments 29 May 2024

Cara Daftar MyJPJ Apps

Cara daftar MyJPJ Apps di telefon pintar

Sebelum ni kecoh kan dengan pengisytiharan yang kata Roadtax atau cukai jalan tak perlu tampal kat kenderaan. Lepas ni lesen memandu pon dah guna digital platform. Tapi korang tahu tak cara nak daftar dan pastikan kita dah siap download MyJPJ Apps ni dalam sistem atau telefon pintar korang? Link hayyad dah share kat bawah sekali tak adalah nak pening cari kat apps tak jumpa kan? Jom tengok cara MyJPJ Apps ni berfungsi dan cara daftar dia.

Step Install & Daftar MyJPJ Apps

1. Masukkan No ic dengan email kita,

2. Nanti akan keluar personal details dan sekali no telefon dalam tu just update je dan sahkan email yang kita nak pakai kat MyJPJ Apps tu

3. Lepas dah siap tu akan auto logout, Tapi kita login balik dan verify email dan pssword guna email. Kalau lupa boleh reset balik password dengan hantar kat email kita.

4. Lepas dah siap login, boleh terus masuk MyJPJ Apps dan lepas tu korang boleh terus godek-godek. Contoh masukkan no kenderaan yang berdaftar dengan JPJ.

5. Bukan takat tu je, Cukai Jalan Kenderaan (Roadtax) & Lesen memandu pun ada dalam tu. Boleh tengok kat dua gambar terakhir.

6. Ada macam-macam fungsi lagi dalam MyJPJ apps ni, nak rekod salah laku terus upload dalam sistem JPJ pon boleh taw!

Memang banyak gila fungsi MyJPJ Apps ni yang hayyad kongsikan dalam tu boleh check saman, saman tertunggak, lesen kita dari start ambil L hinggalah yang sedia ada sekarang. So tak perlu lagi korang nak kena tampal roadtax kat cermin kereta dah lagi. So far kalau ada kereta banyak kat rumah, just masukkan je no kereta berdaftar tu, senang waktu roadblok boleh terus check. Mudah kan?

Moga perkongsian ni bagi manfaat pada semua orang. Okay bye selamat mencuba! Bawah ni apps untuk pengguna Android & Apple User untuk bantu korang download MyJPJ Apps tu.

cara daftar myjpj apps
hayyadnetwork.com-admin

previous post next post

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!